Kelas memasak pertama Citarasa Asli telah berjalan dengan lancarnya pada 10 Julai 2011.  Kelas bermula pada jam 2.30 hingga ke jam 6pm.  Kelas Santai dan ceria dengan gelagat dari Kak Izan, Kak Nor dan Kak Faezah. Resepi yang diajar adalah Kuih Talam Keladi Layer dengan Apam Polkadot. Talam Keladi Layer menjadi dengan jayanya. Tekstur dia begitu cantik dan menarik. Bila dipegang dengan tangan ia pejal, lembut dan tidak melekit. Apam polkadot pula gebu dan menarik warnanya.


Terima kasih pada Kak Izan, Kak Nor dan Kak Faezah kerana sudi belajar dengan Kak Mai.  Kak Mai nie bukan la pandai sangat.  Kak Mai ajar apa yang kak Mai belajar dulu. Kak Mai juga mohon ampun dan maaf kalau ada terkurang ye........ 


So next kelas akan diadakan pada 30.7.2011 iaitu kelas Tartlerts.  Pada hari tersebut akan diajar bagaimana membuat  pastry tart, Blueberry Cheese Tart, Egg Tart, Fresh Fruit Tart dan free resepi Cornflakes Chocolate Tarts.  Ini adalah atas permintaan Kak Izan, Kak Nor dan Kak Faezah. Katanya enjoy dan penjelasan yang jelas dari Kak Mai.  Terima kasih lagi pada Kak Izan, Kak Nor dan Kak Faezah atas compliment mereka.


Tadaaaa................  nia dia gambar kelas Talam Keladi Layer dan Apam polkadot.  Psssttt...............maaf ek dapur kak Mai tak comel dan tak besar tapi selesa dan bersih hehehehe.........













Share To:
Magpress

Kakmai

info akan datang......

0 comments so far,add yours