Holiday ku seterusnya adalah destinasi BALI.  Ia merupakan company trip ke sana. Terima kasih Pantai Fomema & Systems Sdn Bhd kerana saban tahun ada aktiviti ke luar negara untuk kakitangannya.  Percutian kali ini amat menyeronokkan dan memenatkan. Hehehe.  Kami bertolak dengan Garuda Airline pada 16.7.2011 jam 8am.  Pagi seawal 4.30 kak Mai dah amik ERL ke KLIA.  Hubby nak hantar tapi sian lak so minta dia hantar ke KL Central jer.  Balik esok jangan lupalak jemput ek.  Nie gambar bersama staff seawal jam 5am.


Gambar dalam flight tak amik sebb kak Mai kepenatan. Menyediakan Muffin 100 biji dan kek slice 100 box pada malam sebelum berlepas. Actualy pada  hari jumaat sebelumnya ak Mai ke Melaka, sekolah anak dan sekembali dari Melaka terus menyediakan Muffin dan Kek Slice 200. Siap dalam kul 3.30am,  then terus bersiap untuk ke KLIA. Apa lagi dalam flight ke Jakarta Kak Mai tidur ler...............  staff lain sibuk berposing sakan.  Kak Mai ngan alam kak Mai. Hehehe...............   Kami transit di Jakarta.  Turun jer dari Flight then check kastam terus berlari anak untuk bording ke Denpasar.  so tak sempat nak bergambar la.  Kene lak tengah mamai.  Yg best baik pergi or balik keempat2 flight tempat duduk kak mai pasti tak sekali ngan group. hehehe tiket last kot.  pepun tak kisah sebb selamat pergi dan kembali. hehehehe
K
ami tiba di Denpasar disambut oleh Ketua Jabatan Fomema yang sudah berada sehari sebelumnya dengan travel agent.  Kami disambut dengan kalungan bunga. 3 buah bus disediakan.  then terus ke tempat makan untuk lunch.  Siap escort kete polis sepanjang perjalanan kami disana. Rasa macam VVIP la pulak. hahaha








Selepas Lunch kami terus ke Tanah Lot.  Actually perjalanan dari satu tempat ke satu tempat untuk dilawati agak jauh. Kebetulan tarikh kami kesana merupakan Hari Kuningan iaitu hari raya bagi masyarakat BALI.  Sepanjang perjalanan boleh dilihat masyarakat Bali memakai pakaian traditional mereka. malah setiap pintu masuk rumah mereka terdapat tiang yang dihias dengan kalungan bunga dan anyaman daun.




Setiba di tanah lot.  Pemandangan indah dengan deruan angin pantai. 








Setelah penat bergambar di Tanah Lot.  Kami terus ke restaurant untuk Dinner.
Boleh dikatakan keseluruhan restaurant di Bali meletakkan signboard seperti digambar bawah untuk menandakan Tandas Lelaki dan Tandas Perempuan. heehe.









Selepas Dinner.  Kami dibawa ke pusat membeli belah.  huhuhu...........  tak sempat amik gambar sebb sibuk bershoping. hehehe.  Selepas bershoping kami terus dibawa ke Hotel penginapan kami.  Tiba di sana dah jam 10.30 malam.  Badan dah keletihan.  Dapat jer kunci masuk bilik.  Mandi terus tidur...............  hehehe

Hari Kedua.

Kami menuju ke Pusat pembuatan perhiasan Silver.  Kak Mai tak beli pun sebb tak minat.  yg ada pun tak teropakai. heheheh.   Selepas tu kami dibawa ke kaki gunung Kintanami.  Perjalanan menganbil masa 1.30 jam.  siap tidur dalam bus.  Setiba disana keindahan semula jadi dengan udara yang nyaman dan sejuk dan pemandangan gunung berapi yang masih aktif.  Kami lunch disana. Selepas tu kami pergi ke tempat pemerosesan Kopi Keluak. hehehe...











Kemudian kami turun dari kaki gunung Kintamani terus menuju ke Pantai untuk melihat sunset dan dinner disana. Disana kami dihidangkan dengan juadah Seafood diterangi dengan lilin. Then didendangkan dengan pemuzik.  Adusss.................  candle light la pulak..........  best nyer.  sambil mendengar deruan ombak dan tiupan angin.  Disana juga dihidangkan dengan tarian barongan dan tarian BALI.









Selepas dinner kami kembali ke Hotel.  Tapi belum habis lagi............... tungguuuuuu.  Bus disediakan bagi staff yang ingin pergi ke Spa dan Hard Rock.  Kak Mai tak lepas peluang untuk joint ke Hard Rock. hehehe..............








Balik Hotel Jam 3am.  Masuk bilik gedebus tidur.................hahahaha.  Kalau lah mak abah tau confirm dah kene balun. hehehehe

Hari Ketiga

Jam 8.30am kami sarapan di Hotel sambil perposing sakan. Free and Easy time







   oppsss...............  terover posing dengan HR Manager..........hahahaha



Rasa cukup dah nie.  Jenuh kak Mai nak taip. hehehe.  Tunggu entri Kak Mai seterusnya ek iaitu destinasi Bandung dan Korea.  InsyaAllah.

Sekembali dari BALI Kak Mai kembali ke tugas sediakala iaitu menjadi teacher mengajar masak dan menyediakan tempahan yg makin banyak hingga terpaksa tolak sebelum menyambut Puasa.

Disini kak Mai ingin mengucapkan Selamar Berpuasa kepada pengunjung Citarasa Asli.
Assalamualaikum.
Share To:
Magpress

Kakmai

info akan datang......

0 comments so far,add yours