Citarasa Asli menerima tempahan dari Cik Faezah. Pulut Kuning 3 tingkat untuk majlis Perkahwinan beliau di Dewan Perdana D'saji Felda Jalan Semarak pada 11.11.2011. Pulut kuning nie Kak Mai sediakan seawal pagi dan di deko pada jam 1pm untuk memastikan pulut kuning tersebut fresh dan kesegaran bunga Daisy segar. Jam 4 pm Kak Mai dah bergegas ke Dewan Perdana Felda untuk final deco.  Alhamdullilah.... segalanya berjalan lancar dan mengikut jadual  yang ditetapkan. Hasilnya amat memberangsangkan dan orang ramai agak teruja dengan hiasan tersebut. Selalunya weeding orang menempah kek bertingkat.................tapi kali ini pulut kuning bertingkat.  Memang cantik dipandang dan sedap dimakan sebab lemak dan enak pulutnya.  Berat Pulut kuning tersebut mencecah 12kg kilo dan kak Mai mengunakan sebanyak 4 kilo santan.

Ini adalah gambar dari mula penyediaan pulut kuning hingga ke Dewan Perdana Dsaji.  Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah boleh hubungi Kak Mai di 017-5419816.  Tempahan kena buat awal meandangakan pulut yang Kak Mai gunakan adalah Pulut Pandan Dari Pantai Timur bukan pulut biasa di pasaraya yang bercampur beras.















Share To:
Magpress

Kakmai

info akan datang......

0 comments so far,add yours